Yang gojes gojes je

Wednesday, January 11, 2012

Membebel je!

Assalammualaikum
Hello isteri-isteri yang amat gemar membebel (termasuk saye hehehe)..Tension betul si suami,bernanah telinga bila isteri mula bukak mulut cakap tanpa henti macam LRT..Kalau ikutkan hati dan tak sayang bini (nasib baik syg) dah lama dicili mulut pot pet pot pet bini tu kan?betul tak??cepat mengaku!heheheh
Kalau saya marah dengan suami, saya akan diam seribu bahasa.kiranya umpama jepun dilanda tsunami ataupun umpama padang jarak padang tekukur di mana sebelum tu suasana lebih kurang macam pasar tani.Bila saya diam dan buat bodoh je, mula la suami saya gelisah..pernah berjam-jam saya diam je.Dia buat lawak bodoh pun saya tak gelak (padahal usus dah rasa geli sebab tahan nak gelak).Sampai la dia akhirnya merayu-rayu saya supaya bercakap..katanya 'cakaplah sayang...abg tak boleh la syg diam macam ni..huhuhuuhuh (kunun2 nangis la bunyik tu).
Haaaa....tau pun...bila kita bising dia ckp kita pot pet pot pet mcm mulut ibu ayam.eh ibu ayam membebel camne?ngehngehngeh..tapi bila kita diam, dia rasakan seolah-olah dunia ni sudah terbalik,senyap sunyi dan sepi!Dia akan rasa 'ai tak boleh hidup tanpa yu syg'.
Saya cakap kat dia, dengar la isteri ni membebel puas-puas..esok lusa kalau isteri ni mati, takde sape dah nak membebek kat awak...mesti awak rindu nak dengar saya membebel kan??kan??......diam je dia bila saya cakap cenggitu. (mintak2 bkn diam sbb piki bila bini mati nak kawen lagi..kih3).

Jadi apa kata kita baca kisah di bawah ni :)
 
Romantik Gaya Saidina Umar Al Khattab.


Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab R.A, terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh. Si isteri tidak henti-henti membebel. Sedang memasak pun dia membebel, sedang membasuh pun dia membebel, sedang tidur pun kalau boleh dia nak juga membebel. Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel. Dia pun memarahi isterinya kerana ‘kuat’ membebel. Sehingga lama kelamaan si suami merasakan yang isterinya memang seorang ‘kaki bebel’. Memandangkan keadaan rumahtangganya semakin parah, si suami sudah tidak tahan dengan perangai isterinya, dia-pun mengambil inisiatif untuk pergi berjumpa dengan Saidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya.

Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar pula suara Saidina Umar membalas. Mendapati isteri Saidina Umar pun begitu, si suami tidak jadi hendak mengadukan hal isterinya. Menurutnya, “Kalau isteri Khalifah pun begitu, apatah lagi isteriku”.

Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umar memanggilnya dan bertanya, “Apa hajat kamu datang ke mari?”

Si suami tadi menjawab, “Aku sebenarnya datang hendak mengadu hal isteri aku yang kuat membebel, tetapi aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu”.

Saidina Umar tersenyum lalu berkata, “Apa salahnya aku membiarkan isteriku berleter. Bukankah dia yang menjaga aku, anak-anakku dan rumah tangga. Apalah halnya jika dia sekadar membebel kepadaku”.

Itulah cara Sayidina Umar menghargai layanan dan khidmat bakti isterinya yang begitu setia setelah sekian lama bersusah payah menguruskan rumah tangga. Diam Umar adalah diam tanda sayang, paling-paling Umar hanya tersenyum mendengar bebelan isterinya itu. Itulah romantik cara Saidina Umar. Dibiarkannya isterinya membebel untuk meluahkan perasaannya. Bebelan isterinya juga adalah bebelan sayang, bebelan tanggungjawab dan keprihatinan, bukannya marah-marah yang menjatuhkan maruah dan tidak sampai ke tahap menderhaka kepada suami.
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 
•► Dalam BAHAGIA Allah menyisipkan DUKA ..
.♥. Agar kita tahu ada hikmah di sebalik sekaan air mata ..

•► Dalam HARAP Allah menyisipkan RESAH ..
.♥. Agar kita sedar untuk mengiringi doa dengan sepenuh pasrah ..

•► Dalam JUANG pun Allah meletakkan LELAH ..
.♥. Agar kita ingat betapa mahalnya istiqamah ..

Tiada Allah ciptakan sesuatu dengan sia-sia ♥♥♥

No comments:

Post a Comment