Kebersihan adalah sesuatu yang sangat diutamakan dalam Islam, malah dalam masyarakat Melayu sendiri, kebersihan itu perkara utama yang patut diambil perhatian. Bukan soal kebersihan luaran, kebersihan sekeliling tetapi juga kebersihan pada tubuh, pada diri sendiri.
Dan antara organ yang sentiasa terdedah dengan bahaya tidak menjaga kebersihan ialah alat sulit kita. Alat sulit adalah organ sangat penting dan ia sebenarnya memerlukan jagaan rapi agar ia tidak menjadi sarang pembiakan kuman.
Malah dalam Islam, ada dinyatakan dalam sebuah hadis tentang bagaimana
kebersihan pada alat kelamin terutama pada bulu ari-ari perlu dijaga.
Bahkan kebersihan dan perapian perlu dilakukan pada mana-mana bulu yang
ada, termasuklah misai, janggut, bulu ketiak, rambut dan sebagainya.
Daripada sebuah hadis, yang bermaksud:
"Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. bertanya kepada iblis, "Wahai iblis, siapakah orang yang paling kamu suka?"
Jawab iblis dengan panjang
lebar: "Orang yang sangat aku suka ialah lelaki atau wanita yang tidak
mahu mencukur bulu ari-arinya (kemaluannya) dalam tempoh 40 hari. Aku
akan duduk di situ mengecilkan diriku seperti kutu. Aku membuat sarang
di sana, dan aku juga bergantung dan berbuai-buai pada bulu ketiaknya
yang tidak dicukur atau tidak dicabut dalam masa 40 hari".
Sebuah hadis Rasulullah s.a.w.
mengingatkan: "Di antara naluri manusia ialah berkumur-kumur,
membersihkan hidung dengan air, mencukur misai, bersiwak (membersihkan
gigi), memotong kuku, mencabut bulu ketiak, memotong bulu kemalun dan
berkhitan". (Riwayat Imam Ahmad)."
Jadi, janganlah dok bangga nak
menternak bulu2 di celah ketiak mahupun pada alat kemaluan tu ... adehhh
.... hehehee... ingat, kebersihan mesti diutamakan ... kerana ia
sebahagian daripada iman.
pls don't be like this!heheheh
ujian menentukan tahap PH bau ketiak kut.kui3
ketiak abg hensem..jgn lupa saksikan episod hari ni Gemersik Kalbu ye!
No comments:
Post a Comment