Yang gojes gojes je

Wednesday, January 11, 2012

oh lelaki oh suami

 Assalammualaikum...

Hey isteri-isteri di luar sana..bagaimana ye nak fahami perasaan seorang lelaki ataupun suami?Sebagai isteri kadang-kadang kita keliru dan tertanya-tanya adakah suami kita sayangkan kita?Waktu bercinta bukan main i love u siang malam,kaulah di hatiku sampai mati.sms sampai ke pagi pun sanggup.Bila dah kahwin, nak ucap i love u pun payah.Bila kita tanya u sayang i tak??acuh tak acuh je dia jawab..sakitnya hati kan?hahahhaa...untung siapa dapat suami yg romantik sentiasa ucapkan i luv u, saya syg awak dsb..walaupun begitu, kalau ada suami yg tak romantik mcm sebelum kawen, janglah pula kita anggap suami dah tak sayang..sometimes, action speaks louder than words..and the meaning is more powerful than words.jadi apa kata kita cuba fahami sikap seorang lelaki..bagaimana ya??



Lelaki Tidak Kompleks - Apabila seseorang lelaki menunjukkan tanda bahawa dia menyukai wanita yang pandai menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan dan menghabiskan waktu intim bersama, wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut inginkan. Ini bukan bererti lelaki berfikir secara primitif tetapi kebanyakan lelaki bersifat sedemikian. Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks dan sukar difahami sedangkan sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah sahaja.

Jangan Paksa Lelaki - Apabila seseorang wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya mungkin lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya. Maka adalah lebih baik jika tidak bertanya dan menyelidik perasaannya secara mendalam. Lebih baik bagi seseorang wanita itu membaca bahasa badan lelaki, lirik matanya atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya.

Pentingkan Kejujuran - Sama seperti wanita, golongan lelaki juga mementingkan kejujuran. Jika lelaki mengetahui kekasih atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain tentang dirinya besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita lagi secara telus mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran memang penting bagi lelaki. Seorang suami ingin isterinya menyimpan rahsia rumah tangga mereka daripada pengetahuan umum.apatah lagi hal berkaitan hubungan seksual,jangan sesekali bercerita pada orang lain walaupun teman rapat anda!

2 comments:

  1. btol la rai...kalo becintan dulu keaim hebat...tp skrg...kalo jauh bru nak ucap i lap u...tu pon i lap u tau...bkn i love u..hahahaha...

    saya baru follow blog rai...nnt leh share cite...hikhikhik....

    ReplyDelete
  2. Murnie:thx sudi follow..:) lelaki byk mcm tu,sebelum kawen kemain lagi,yelah blom dpt anak dara org kan.dah dapat..pandai2 sndri la phm laki tu syg ke tak.kejam sungguh..hahahha

    ReplyDelete