Yang gojes gojes je

Tuesday, January 10, 2012

Geram tgk wallpaper comel!

Assalammualaikum


Korang minat tak wallpaper?Saya minat sangat.Pada saya wallpaper akan buat rumah kita nampak lebih elegen dan cantik.Tak lama lagi rumah saya nak siap, memang harus saya pasang wallpaper.Tapi bukanlah untuk satu rumah.Kalau penuh sgt nanti ruang nampak sempit dan semak.yang penting sebelum memilih wallpaper, pastikan ia matching dengan warna tema perabot anda dan juga cat rumah.Untuk menampakkan ruang yg luas, corak yg dipilih seperti garisan lurus ke bawah,corak bunga kecil, mampu membuatkan ruang nampak luas dan lebih tinggi.Saya dah jumpa satu tempat ni, dicadangkan oleh kawan saya yang baru je pasang wallpaper kat rumah dia.banyak corak menarik untuk dipilih, harga berpatutan dan hasil kerjanya kemas.Untuk maklumat lanjut boleh la add facebook Istana Deco Home Furnishing untuk set appointment dgn pemiliknya.Saya baru survey2,rumah siap nanti baru set appoinment untuk site visit..heheheh..

Ada lebih 2000 corak untuk anda pilih.Jom tgk antara wallpaper yg menarik perhatian saya!







so sweet untuk wallpaper bilik anak




HOME FURNISHING / HIASAN DALAMAN
Wallpaper / Wallcovering mampu milik untuk kediaman anda

Antara kebaikan wallpaper ini adalah:

1. Tahan lama.
Wallpaper boleh tahan sehingga 5-10 tahun. Kebanyakan wallpaper yang bermutu tidak akan pudar, tapi kalau pakai cat, tentu saja sudah 2 atau 3 kali perlu dicat semula



2. Wallpaper amat mudah dibersihkan.
Sekiranya kotor, maka kita hanya perlu lap sahaja. Untuk menjaga wallpaper, eloklah seminggu sekali dikebas dengan menggunakan bulu ayam (amat mudah). Dan untuk setahun sekali, elok dicuci dengan sabun lembut.

3. Kerosakan wallpaper boleh di baiki.
Sekiranya wallapaper ada yang terkoyak, kotor yang tidak dibersihkan, maka penyelesaiannya amat mudah. Gunakan wallpaper simpanan untuk menampal mengikut tile yang betul untuk menutup kerosakan. Oleh itu, perlu dan AMAT perlu menyimpan sekurang2 nya setengah roll dari wallpaper untuk keadaan kecemasan seperti ini.

4. Wallpaper = tidak berbau.
Kalau cat, jika bukan jenis yang mahal akan berbau dan tidak menyenangkan

5. Wallpaper memberi texture menarik.
Jika dipadankan dengan lampu dan pencahayaan yang sesuai, texture wallpaper akan naik seri dan memang mengindahkan ruang rumah.


thanks for viewing!

6 comments:

  1. yang wallpaper jalu2 pink tu..nak buh kat bilik anak dara aku..kakakaka

    ReplyDelete
  2. kan?sweet giler..kalo utk feature wall saja kos dalam 600++ tak lbh 700 termasuk kos pasang.aku nak psg utk feature wall ruang tamu depan dgn feature wall utk ruang lagi satu.haruslah habis rm1200.huhu!kalo ada bajet lbh nak letak dlm bilik mainan anak-anak lak

    ReplyDelete
  3. aku ni berangan tak abis2 lagi ni..duitnya tak dok..huwaa

    ReplyDelete
  4. yana...canteknyer wall paper...seronok dah ada rumah sendiri kan...huhuhu

    ReplyDelete
  5. comel2 kan wallpaper tu...blom tgk design2 lain lagi.rasa nak tampa sume je kat rumah.heheh..seronok ada rumah sendiri sebab boleh hias ikut suka :)

    ReplyDelete