Assalammualaikum
Mengapa tuhan menguji kita dengan kesusahan,kesakitan,kematian dan bermacam lagi dugaan?Ada 2 sebab sahaja.Pertama Allah menguji kita kerana manusia yang leka,lalai menjalankan tanggungjawab sebagai seorang mukmin.Kedua,Allah menguji kita kerana dia sayangkan hamba2nya yg beriman,Maka diturunkan ujian untum melihat sejauh mana kesabaran dan keimanan hambanya menerima musibah.Bila kita ditimpa musibah seperti kesakitan,kematian,kecurian,rompakan dan sebagainya..itu tandanya Allah sedang menguji kita untuk melihat sejauh mana keimanan kita dan untuk menyedarkan kita akan kesilapan atau dosa yg pernah kita lakukan padaNya atau pada manusia lain.Sebagai manusia kadangkala kita hanya nampak kesalahan org pada kita,tetapi tidak nampak kesalahan kita pada orang lain,dan kita hanya nampak keburukan org tetapi tidak keburukan diri kita sendiri..Wallahualam...Ketika saya ditimpa apa-apa musibah (setakat ini belum musibah yg besar), saya akan merenung kembali,apa salah saya buat,kenapa Allah membiarkan saya menangis.Apabila saya mendapat jawapan,baru saya sedari akan kesilapan saya,Ya,manusia itu ego,sukar mengaku kesalahan.Sebagai hamba yg hanya menumpang di dunia ini,bila2 shaja kita akan mati,Sebelum kita mati,berbuat baiklah pada org lain,maafkan kesilapan org lain pada kita,kerana kita juga tidak sempurna.JIka kita rasa ada org menyakiti hati kita,percayalah kita pun pernah menyakiti orang tu.Oleh itu,saya sentiasa maafkan perbuatan buruk orang lain pada saya.Memang sukar untuk melupakan tapi jangan sukar untuk memaafkan..Ingat,bila2 masa shj kita akan mati,ikhlaskan diri kita dan jangan sesekali menyimpan dendam pada orang lain kerana kita tidak berhak menghukum dan mengadili org lain kecuali Allah S.w.t..semoga Allah merahmati keluarga saya,kawan2,musuh2(jika ada) dan semua orang..amennn..
No comments:
Post a Comment